Tuesday, June 25, 2013

Umrah - Kota Madinah

Salam...
Masjid Nabawi - dari dlm bilik

Setelah berada di Kota Makkah selama beberapa malam maka tibalah saatnya aku berangkat ke Kota Madinah untuk menziarah. Madinah merupakan kota yang lebih teratur berbanding dengan kota Makkah.
Bersama ini disertakan gambar semasa disana.
Untuk pengetahuan semua, di dlm Masjid Nabawi, wanita ada tidak dibenarkan membawa gadget seperti camera dan tablet. Maka kesemua gambar adalah sekadar di persekitaran masjid sahaja.





Karpet yg digunakan - kalau di Raudhah basenya warna hijau

Masjid Quba'




Di dalam Majid Quba'


Me n Hubby @ Jabal Uhud

Ladang Kurma (Harganya mahal - baik ke pasar kurma)



Semoga ini bukannya ziarahku dan hubby yang terakhir..Till we meet again...


 

Umrah - Lawatan Luar (MIna, Jabal Rahmah, Ladang Unta etc)

Salam..

Ada  kwn suggest to put the pics for other places that we've visited during umrah... So enjoy the pics ya..





Umrah - Kota Makkah

Salam..
Hmm...apa yang best semasa kita di kota suci ini.?? Memang tidak dinafikan kedatanganku untuk kedua kalinya ini byk yg mudah..Mungkin kerana kali ini masih lagi menggunakan khidmat agen yang sama, tempat tinggal yang sama dan ahli rombongan yang sama...Berdasarkan pengalaman menjadi tetamu di rumahNya...aku berani membawa rombongan yang lebih ramai...seronok jugak kerana bersama kawan2 sekerja, keluarga selain berjumpa dengan kawan-kawan yang baru. Aktiviti yang disediakan masih lagi sama, maka urusanku menjadi lebih mudah...

Kedudukan tempat tinggal sementara ku di kota ini yang hampir dengan masjidil haram, banyak memudahkan urusan pergi dah balik. Bayangkan, aku tidak pernah ke tandas di masjid kerana kedudukan tandas yang jauh dan byk sgt cerita yang tida elok yang aku dengar. Adalah lebih baik kalau aku pulang saja ke bilik.

MAsjid yang under construction telah menyebabkan semua jemaah yang ingin melakukan tawaf terpaksa melakukannya di kawasa dataran kaabah..Lautan manusia yang tak putus-putus kadang2 membuatkan aku terpikir...muatker..bolehker...hmmm...cepat2 aku beristighfar...segalanya dipermudahkan...

Bersama ini aku sertakan gambar aku di kota makkah...to be specific.. di persekitaran masjid, di dalam masjid..


From tangga


After Saie'






Around 10 am - takda orang

 
I like the ceiling : Kalau tengok life sama warna, kalau take pics...

After Isyak
Morning walk with hubby

 
After Subuh

                                   
Tawaf Wida' = Semoga dpt ke sini lagi
 
Tawaf Wida' = Semoga kami menjadi tetamu dirumahMu lagi..

Till we meet again


Monday, June 24, 2013

Umrah - Kota Makkah

Salam..

Di Makkah kami tinggal di Al Ghanaeem. Hmm tempat nya tak berapa bagus cuma kelebihannya adalah dekat dengan Masjidil Haram. Kami tiba di Terminal Haji, Jeddah dengan mengikuti MAS Chattered Flight. Ramai jemaah yang hadir menjadi tetamu-Nya pada kali ini. Alhamdullilah, kehadiranku kali ini berjalan dengan lancar.

 



Ahli rombongan yg pegi : 22 pax


Hubby, Me, Acik KImmy, Acik Leza, Ain, Kak Saedah, Kak Kay n En Zamani

En Abu & Family 




Pic 1 : Me, Mak n My Aunty         Pic 2 : Me n akak Saedah

abah, mak, induk, mak anjang n che mo

 
yg tiada gambar : pak ngah, pak anjang, en kamsani, along n angah..


Sunday, June 9, 2013

Perjalananku ke Kota Makkah

Salam,

Sejak entri pertama, hasrat hati untuk menulis berkenaan perjalan ku mengerjakan umrah masih belum tertunai. Hari ini semoga dapat aku selesaikan serba sedikit mengenai perjalananku.

Sebelum bertolak.
Perjalananku kali ini insyaallah bersama suami tersayang dan juga mak dan abah. Selain itu, rombongan kali ini disertai dengan kawan2 sepejabat dan juga bapa dan ibu saudaraku. Seronokkah perjalanan kami nanti??
Travel agent  :  UTAS
Tarikh : 05 Februari 2013 hingga 16 Februari 2013
Penerbangan : MAS

Persiapan sblm bertolak
1. Dokumen perjalanan

  • Semua dokumen seperti passport,visa dan lain2 telah diselesaikan melalui agen. Perjalanan kali ini lebih menarik kerana aku dipilih sebagai ketua rombongan? Agak sukar untuk menguruskan perjalanan 22 ahli rombongan kali ini. Harapannyasemua berjalan dgn lancar..
2. Barang keperluan

  • Untuk perempuan
        Sebagai seorg yg sgt ringkas dan mementingkan keselesaan didalam berpakaian,  berikut adalah senarai pakaian dan keperluan yg dibawa:
        - tshirt lengan panjang dan labuh
        - seluar panjang jenis cotton lycra yg sejuk kainnya
        - telekung 3 helai + kain 2 helai
        - tudung...tempah kat kwn...dia buat yg labuh sket n ada lapik dagu
        - baju kelawar lengan panjang (bole bwk gi smyg sekali)
        - stokin yg boleh amik wuduk...bukak dpn...ni kat mydin byk..
        - pakaian dlm (prefer disposable panties yg cotton...kat guardian byk, kat jusco pun ada)
        - toiletteries (berus gigi,ubat gigi,syampoo,shower gel, cuci muka, sabun serbuk basuh kain...)
        - botol air...senang nak isi air zam2...takyah bangun2 selalu... besides safe environment...kat makkah diorg pakai cawan....sekali teguk pastu buang...
        - selipar + beg selipar